Total Pageviews

Monday, February 21, 2011

Dari mna asal usul mamak???



SEJARAH INDIA MUSLIM

Dicatatkan kedatangan masyarakat India Muslim ke Malaysia seawal tahun 1402  Masihi. Pada peringkat awal kedatangan masyarakat India Muslim ini lebih kepada menjalankan aktiviti perdagangan dan penyebaran agama Islam. Kedatangan pedagang ini melalui jalan laut dan menjadikan pelabuhan utama negara seperti Pelabuhan Klang, Melaka dan Pulau Pinang sebagai pintu masuk dan penempatan awal mereka.

Sejak itu, pelabuhan-pelabuhan ini menjadi lokasi utama mereka menjalankan  urusan perniagaan secara meluas dan pesat ke seluruh Tanah Melayu. Mereka  menguasai sebahagian besar pelabuhan-pelabuhan tersebut dalam urusan  perdagangan, perkapalan dan penumpang.
Dengan kedatangan mereka juga mula terbina masjid dan sekolah agama kerana ketika itu terdapat ramai mubaligh dan tokoh agama dari India yang turut datang bersama mereka. Malah ada tokoh agama dari India ini yang dilantik menjadi penasihat agama kepada Sultan dan pembesar negara.

Atas urusan perdagangan mereka kerap berulang alik antara Tanah Melayu dan India. Ketika itu urusan perdagangan sentiaa mengambil masa yang panjang dan agak lama. Situasi ini membuatkan mereka menjadi serasi dan selesa tinggal di Malaysia. Malah Malaysia dianggap rumah kedua bagi mereka. Ada juga yang berkahwin dengan penduduk tempatan dan berkeluarga di sini.

Sejak merdeka, terdapat 80 peratus masyarakat India Muslim terdiri dari peniaga yang sering berualang alik dari Malaysia ke India manakala 20 peratus terlibat dalam sektor pekerjaan dan tinggal menetap di Malaysia.

Namun hari ini situasi sudah berubah. Hanya 20 peratus sahaja masyarakat India Muslim yang masih berulang alik antara Malaysia dan India manakala 80 peratus lagi sudah menetap di Malaysia dan mempunyai kerakyatan negara ini. Mereka tidak mempunyai kaitan lagi dengan India dan kini Malaysia adalah negara pertama mereka.

PolitikJika diawal kedatangan mereka ke negara ini, mereka hanya bermatlamatkan  perniagaan dan penyebaran agama Islam. Mereka tidak memikir dan terlibat dalam urusan pemerintah atau berpolitik di negara ini. Malaysia bagi mereka ketika itu hanyalah sebuah ‘lubuk’ perniagaan yang menjanjikan tukaran wang dagang yang lumayan.
Namun, hari ini suasana sudah berubah.Mereka bukan lagi ‘pendatang’ atau pedagang asing. Mereka sudah menjadi sebahagian daripada rakyat negara ini. Dari perangkaan yang ada masyaraka India Muslim di negara ini sudah mencapai jumlah 100,000 orang dan semakin bertambah dari tahun ke tahun.

Bila kelompok ini semakin membesar dan negara ini juga tempat tumpah darah  mereka. Hidup dan mati serta masa depan jenerasi mereka juga bergantong dan berharap kepada situasi negara ini,masyarakat India Muslim mula merngorak langkah untuk membina, mempertahan dan memperjuangkan nasib kelompok dan jenerasi mereka.
Mereka mula mencebur diri dalam politik negara ini dan sudah mempunyai sebuah organisasi yang mampu berjuang untuk masa depan mereka.



2 comments:

  1. Ok, mamak ada dalam kimma, ada dlm umno

    ReplyDelete
  2. Ok, mamak ada dalam kimma, ada dlm umno

    ReplyDelete